Penyampaian Bantuan pakaian Seragam Sekolah




BESUT  4 Julai 2010 -  Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji Wan Harujan Sulaiman telah menyampaikan bantuan pakaian seragam sekolah kepada 40 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila, Besut pada hari ini. Pelajar berkenaan dipilih oleh pihak sekolah di kalangan keluarga miskin di sekitar sekolah berkenaan. Setiap pelajar menerima set pakaian seragam sekolah bernilai RM150.00 seorang. Hampir keseluruhan pelajar ini hanya mempunyai sepasang pakaian sekolah sahaja. Hadir sama di majlis tersebut ialah ibu bapa pelajar-pelajar berkenaan.


Hit : 194

« Kembali