Promosi Web
msc
Laman Web Mampu
Portal Rasmi HRMIS
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Portal Kerajaan Malaysia
Laman JAWHAR
Portal Terengganu
Renungan

Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”.


Bilangan pelawat
Bilangan pelawat: 0001114480Bilangan pelawat: 0001114480Bilangan pelawat: 0001114480Bilangan pelawat: 0001114480Bilangan pelawat: 0001114480Bilangan pelawat: 0001114480Bilangan pelawat: 0001114480Bilangan pelawat: 0001114480Bilangan pelawat: 0001114480Bilangan pelawat: 0001114480

Kategori:Umum
 

KENYATAAN AKHBAR / SIARAN
PENGHANTARAN PELAJAR KEMBALI
KE MESIR TAJAAN MAIDAM



Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam mesyuaratnya pada 20 Februari 2011 telah bersetuju untuk membiayai sebahagian kos tambang kembali ke Mesir kepada pelajar-pelajar tajaan MAIDAM berjumlah 300 orang.

2.    Memandangkan YAB Dato’ Seri Menteri Besar telah pun mengeluarkan kenyataan bagi menyediakan sebuah kapal terbang sewa khas bagi membawa pelajar-pelajar kembali ke Mesir, MAIDAM akan mengguna kemudahan ini. Kadar bayaran sebanyak RM 1,500,00 seorang pelajar akan dibayar bagi membiayai sewa khas ini. Jumlah keseluruhan peruntukan ialah RM 450,000,00. Tarikh berlepas dan urusan penerbangan akan dimaklumkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

3.    Bagi persiapan pelajar untuk berangkat ke Mesir, MAIDAM akan membantu menguruskan permohonan Visa dari Kedutaan Mesir. Oleh itu pelajar diminta hadir pada 8 Mac 2011 mulai jam 9.00 pagi untuk urusan mengambil gambar Visa yang diurus oleh MAIDAM (jurugambar disediakan) di pejabat MAIDAM. Urusan ditanggung oleh MAIDAM :-

i)    Menyediakan jurugambar (untuk gambar Visa).
ii)    Menyediakan borang Visa.
iii)    Menanggung kos gambar dan caj permohonan Visa.
iv)    Mengumpul dan mengurus permohonan Visa dengan pihak kedutaan.
v)    Fotostat bahagian hadapan passport.
vi)    Fotostat kad matrik / surat lapor diri universiti.
vii)    Fotostat cop keluar airport Kaherah atauIskandariah.

4.    Pelajar tajaan MAIDAM yang akan kembali semula ke Mesir diminta hadir sendiri dan bawa bersama Passport Antarabangsa untuk urusan permohonan Visa. Sebarang penjelasan lanjut boleh berhubung dengan Ustaz Nazli Amirri bin Ngah nombor telefon pejabat 09-6303030 atau 013-981 1898.

   
Ketua Pegawai Eksekutif,
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
06 Mac 2011
 

Lampiran:Tiada rekod