Promosi Web
msc
MAIDAM (PUSAT URUSAN ZAKAT TERENGGANU)
Laman Web Mampu
Portal Rasmi HRMIS
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Portal Kerajaan Malaysia
Laman JAWHAR
Portal Terengganu
Renungan

Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”


Bilangan pelawat
Bilangan pelawat: 0000958626Bilangan pelawat: 0000958626Bilangan pelawat: 0000958626Bilangan pelawat: 0000958626Bilangan pelawat: 0000958626Bilangan pelawat: 0000958626Bilangan pelawat: 0000958626Bilangan pelawat: 0000958626Bilangan pelawat: 0000958626Bilangan pelawat: 0000958626

 LAMAN UTAMA > Asrama Anak-Anak Yatim / Fakir Darul Akhyar

Pengenalan

Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar telah dibuka dan menerima kemasukan penghuni pertamanya pada 11 Jun 2011. Penubuhan asrama tersebut adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam memperluaskan lagi usaha kebajikan khas bagi anak-anak kehilangan ibu bapa (yatim)  fakir miskin dan daif.

Misinya ialah untuk membela nasib anak-anak yatim dan yatim piatu (fakir miskin) yang daif serta tiada penjagaan sempurna, tanpa mengira darjah pencapaian akademik. Segala perbelanjaan anak-anak ini ditanggung keseluruhannya oleh pihak MAIDAM sehingga mereka boleh berdikari sendiri.

Jawatankuasa pengurusan asrama ini diketuai oleh Tuan Haji Wan Harujan bin Sulaiman selaku Pengerusi yang pada masa kini bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM. Asrama ini juga telah diselia dan diuruskan oleh seorang penyelia iaitu En. Mohammad Rozaki bin Yusof.



 LOKASI

Asrama Darul Akhyar terletak di Lot. 3387, Kampung Mengabang Kapal, Mukim Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.


KEMUDAHAN ASRAMA

Asrama ini mempunyai 2 blok bangunan iaitu asrama lelaki dan asrama perempuan.Terdapat bilik yang selesa menempatkan 4 orang penghuni setiap satu bilik.Asrama ini juga dilengkapi dengan kemudahan surau dan dewan makan serta ruang pejabat bagi melicinkan perjalanan program asrama.

 

SYARAT KEMASUKAN PENGHUNI

i-    Anak yatim yang kematian bapa atau kedua-duanya (ibu dan bapa ) / fakir miskin
ii-    Masih bersekolah dan ingin meneruskan persekolahan
iii-    Berumur 13-19 tahun
iv-    Bersemangat ingin belajar