KEWAJIPAN ZAKAT
Zakat adalah salah satu daripada satu rukun Islam yang lima. Ia juga merupakan salah satu dari kefardhuan Islam. Ia diwajibkan di Madinah dalam bulan syawal tahun kedua Hijrah iaitu selepas kefardhuan puasa dan zakat Fitrah. Tetapi zakat tidak diwajibkan ke atas para nabi. Tidak ada ulama’ yang mempertikaikan pendapat demikian kerana para nabi tidak mempunyai kuasa milik dan mereka juga tidak boleh di warisi.
Zakat di sebut bersama-sama dengan solat sebanyak 28 kali dalam al-Quran dan ini menunjukkan hubungan atau kaitan antara keduanya sangat rapat :
Firman Allah S.W.T.dalam surah an-Nur ayat 56 :
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّڪُمۡ تُرۡحَمُونَ
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat
Selain itu, sejarah telah menunjukkan bahawa kerajaan Islam terdahulu amat menitikberatkan tanggungjawab berzakat. Kalau kita lihat pada zaman Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, beliau telah memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat kerana bagi Sayyidina Abu Bakar, orang yang enggan menunaikan zakat ibarat parasite dalam masyarakat Islam yang mana ia boleh membawa bencana kepada perpaduan serta kekuatan Islam pada ketika itu. Sekiranya kewajipan zakat tidak di pertegaskan, nescaya ia akan membawa perpecahan yang boleh menghancurkan Negara Islam.
Apabila Islam datang sebagai agama pelengkap serta penyudah kepada agama-agama samawi yang lain, zakat telah di jadikan sebagai salah satu rukunnya yang lima. Ia merupakan satu peningkatan kepada sistem yang telah sedia ada di bawah agama-agama langit sebelum ini iaitu Ihsan. Walaupun kedua-dua sistem ini ada persamaanya dalam sifat sebagai sumbangan pihak yang berada kepada golongan yang memerlukannya , namun zakat adalah hak yang boleh dituntut oleh mereka yang berhak menerimanya, berbanding Ihsan yang lebih bersifat sumbangan sukarela sahaja.
Perkembangan ini dilihat dari sudut bahawa Islam merupakan satu agama dan cara hidup atau diistilahkan oleh sesetengah orang sebagai ad-Din. Agama-agama langit terdahulu lebif bersifat agama sahaja berbanding Islam merupakan satu agama yang syumul yang merangkumi cara hidup serta membentuk satu budaya manusia yang lebih bertamaddun dan bersifat global. Kerana itu sumbangan merupakan satu amalan Ihsan sahaja oleh agama terdahulu atau boleh diterjemahkan derma simpati berbeza dengan Zakat yang terkandung dalam rukun Islam telah ditakrifkan sebagai satu kewajipan.Oleh kerana ianya satu kewajipan maka orang yang menafikannya atau berdolak dalih berhubung kewajipannya dianggap sebagai pendusta agama sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Fajr ayat 17 dan 18 :
كَلَّاۖ بَل لَّا تُكۡرِمُونَ ٱلۡيَتِيمَ (١٧) وَلَا تَحَـٰٓضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (١٨)
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya); (17) Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.(18)
HUKUMAN KE ATAS ORANG YANG ENGGAN MENGELUARKAN ZAKAT
Orang yang enggan mengeluarkan zakat akan menerima hukuman di akhirat dan juga di dunia. Hukuman di akhirat ialah dia akan di seksa dengan seksaan yang amat pedih seperti yang dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah at-Taubah ayat 34 :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡأَحۡبَارِ وَٱلرُّهۡبَانِ لَيَأۡكُلُونَ أَمۡوَٲلَ ٱلنَّاسِ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۗ وَٱلَّذِينَ يَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَہَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (٣٤)
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda mafhumnya “ Sesiapa yang diberi Allah harta kepadanya dan dia tidak menunaikannya zakat, maka dijadikan Allah pada hari Akhirat padanya seekor ular yang otak (sangat berbisa) dan dia mempunyai dua tompok hitam di atas matanya (sangat jahat), ular itu membelit lehernya dan kemudian membelit dagunya pula sambil berkata, “ Akulah hartamu, akulah yang kamu simpan dahulu.
Mengikut pandangan as-Syaukani serta Ibnu Qudamah, sesiapa yang enggan mengeluarkan zakat serta mengengkarinya kewajipan tersebut, maka dia menjadi kafir.