|
Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.” (Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada undian atau tinjauan buat masa ini
Terima Kasih. |
|
LAMAN UTAMA > Pengurusan Agihan Zakat
ASNAF YG LAYAK MENERIMA ZAKAT 1. FAQIR Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau perkerjaan halal atau yang menerima pendapatan yang tidak sampai 50 peratus daripada keperluan asas harian diri dan tanggunggannya mengikut ukuran hidup yang sederhana. · Agihan saraan bulanan kepada faqir · Agihan pelajaran kepada faqir · Agihan Hari Raya kepada faqir · Agihan membina dan membaiki tempat kediaman kepada faqir · Agihan berdikari kepada faqir · Agihan terus kepada faqir melalui pengeluar · Agihan rawatan kepada pesakit faqir · Agihan latihan kepada faqir · Agihan serta merta kepada faqir/ pelbagai 2. MISKIN Seseorang yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung 50 peratus haddul kifayah untuk keperluan asas diri dan tanggunggannya. · Agihan saraan bulanan kepada miskin · Agihan pelajaran kepada miskin · Agihan Hari Raya kepada miskin · Agihan membina dan membaiki tempat kediaman kepada miskin · Agihan berdikari kepada miskin · Agihan terus kepada miskin melalui pengeluar · Agihan rawatan kepada pesakit miskin · Agihan / latihan kepada miskin · Agihan serta merta kepada miskin / pelbagai
3. AMIL Individu atau institusi yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbir hak ehwak pungutan,pengagihan atau yang mengawasi urusan kewangan zakat. · Agihan kepada Amil · Penyerahan hasil daripada orang orang perseorangan ke Jabatan dibahagikan kepada 8/8 bahagian. 4. AL-RIQOB Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman-cengkaman dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan oarang-orang tertentu. · Agihan kepada pejuang-pejuang islam · Kontigensi / Pelbagai 5. AL-GHORIMIN Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga, tanggunggannya atau masyarakat Islam yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak. · Agihan kepada orang yang berhutang · Kontigensi / Pelbagai 6. IBNUSSABIL Orang yang terputus bekalan (perbelajaan) semasa dalam perjalanan (safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan (safar) yang diharuskan syarak. · Agihan kepada pengembara dalam Malaysia · Agihan kepada pengembara luar Malaysia · Pelbagai termasuk orang yang terkandas dalam perjalanan 7. FISABILILLAH Mereka yang berjuang, berusaha, mempertahankan dan meningkatkan penghayatan Islam. · Agihan pelajaran dalam negeri · Agihan pelajaran luar negeri · Agihan tambang kepada para pelajar yang berjaya menyambung pelajaran luar negeri. · Agihan tambang kepada para pelajar yang menyambung pelajaran dalam negeri. · Agihan tambang kepada para pelajar untuk pulang kerana kecemasan(kematian ibu/ bapa). · Agihan kepada masjid dan surau. · Agihan kerana menganjurkan projek kebajikan. · Agihan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim Negeri Terengganu. · Agihan kepada pelajar Sekolah Agama Rakyat/Pondok. · Majalah & kitab-kitab agama/percetakan Khutbah dan Risalah dan lain-lain. · Imbuhan guru yang mengajar kelas saudara kita. · Agihan/ Sumbangan untuk mengadakan Majlis Keraian Saudara Kita. · Kontigensi / Pelbagai 8. MUALLAF Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam tetapi belum kukuh Islam dan Imannya. Ianya terbahagi kepada dua ketegori :- a) Beragama Islam 1. Baru memeluk Islam 2. Ketua-ketua Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya. 3. Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah imannya tetapi masih ditaati oleh orang-orang di bawah pimpinannya. 4. Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh Islam. b) Bukan Beragama Islam 1. Boleh dipujuk supaya masuk Islam 2. Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang-orang Islam · Agihan berdikari kepada saudara kita · Saguhati wang tunai kepada saudara kita · Cenderamata, buku agama, pakaian dan kelengkapan kepada saudara kita · Imbuhan menghadiri kelas saudara kita |
Suhu Kini 28°C 






