LAMAN UTAMA > Seksyen Pungutan dan Promosi

Latar Belakang

Pungutan Zakat dikendalikan oleh Peg. Hal Ehwal Islam iaitu, Pen. Setiausaha (Pungutan/Promosi) di bawah seliaan Ketua Pen. Setiausaha (Baitulmal). Berkuatkuasa di bawah pentadbiran MAIDAM mulai 27 Ogos 1998. Sebelum ini,ianya berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sebelum pindaan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986. Bagaimanapun dari segi fungsinya masih tetap sama iaitu berperanan untuk memastikan kutipana zakat dapat dilaksanakan secara efisien dan menepati syara’.

Mulai Julai 2002, kaunter-kaunter zakat MAIDAM telah dikenali sebagai Pusat Urusan Zakat (PUZ) MAIDAM. Setiap daerah akan diwujudkan sebuah PUZ yang terletak di tempat-tempat stategik bagi memudahkan pembayar-pembayar zakat berurusan.

 

Peranan

Unit Pungutan Zakat memainkan peranan yang amat penting iaitu memungut wang-wang zakat selain memperkenalkan medium-medium pembayaran zakat untuk kemudahan bayaran zakat.

 

Objektif

 

Meningkatkan pungutan zakat

  • Mendidik dan menyampaikan seruan berzakat kepada masyarakat
  • Menggalak dan mendorong orang Islam Negeri Terengganu membayar zakat
  • Menyediakan kemudahan pembayaran zakat kepada orang Islam Negeri Terengganu

 

Piagam Pelanggan

 

1.       Maklumat pembayaran zakat adalah rahsia dan sentiasa dikemaskini.

2.       Menerima layanan yang mesra dan penerangan tentang pembayaran zakat dengan jelas.

3.       Memperoleh resit rasmi serta merta dalam masa 8 minit apabila membayar zakat di kaunter.

4.       Memperoleh penyata bayaran dua kali setahun bagi pembayaran melalui potongan gaji.

5.       Memastikan anda berasa selesa apabila berurusan dengan kami.

6.       Memberi maklumat yang tepat, jelas dan terkini.

7.       Memperoleh resit rasmi dalam tempoh 14 hari bila membayar melalui agen bank, pos dan kaunter sementara.

8.       Proses perlantikan amil adalah dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.