|
Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.” (Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
LAMAN UTAMA > Seksyen Teknologi Maklumat
Latar Belakang Diketuai oleh Penolong Setiausaha (Teknologi Maklumat) yang bertanggungjawab kepada Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan). Seksyen ini memainkan peranan yang amat penting di dalam memastikan segala urusan MAIDAM adalah selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat di alaf ini. Pada masa sekarang, seksyen ini mempunyai 5 orang tenaga kerja yang terdiri daripada : - Penolong Setiausaha Teknologi Maklumat (F41) – Tetap - Pegawai Eksekutif Teknologi Maklumat 1 (F29) – Tetap - Pegawai Eksekutif Teknologi Maklumat 2 (F29) – Tetap - 1 orang Juruteknik Komputer (FT17) - Sementara - 1 orang Operator Mesin Pemprosesan Data (F11) - Tetap Peranan/Fungsi Unit 1. Membantu dalam membangunkan sistem-sistem bagi proses-proses kerja dalam setiap aktiviti MAIDAM. 2. Menyediakan khidmat sokongan teknikal dan mengurus hal-hal berkait teknologi maklumat dan komunikasi di MAIDAM.
- Menyelenggara perisian dan perkakasan komputer di semua unit MAIDAM termasuk zakat daerah-daerah. - Memberi khidmat nasihat di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem komputer. - Sedia membina sistem-sistem kecil yang diperlukan oleh mana-mana unit di bawah MAIDAM. Piagam Pelanggan 1. Membangunkan sistem baharu yang berkualiti, canggih dan efisyen. 2. Menyelesaikan aduan kerosakan dalam tempoh tiga (3) hari. 3. Mengemaskini laman web setiap hari. 4. Menyediakan peralatan komputer dalam tempoh satu (1) bulan. 5. Menyediakan latihan ICT kepada semua kakitangan sekurang-kurangnya satu (1) kali setiap bulan.
|
Suhu Kini 28°C 






