LAMAN UTAMA > Seksyen Kewangan

Latar Belakang

Unit Kewangan MAIDAM diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha Kewangan yang bertanggungjawab kepada Ketua Penolong Setiausaha ( Khidmat Pengurusan ). Penempatan unit ini adalah di tingkat 1, ibu Pejabat Pentadbiran MAIDAM, Kuala Terengganu. Pada masa sekerang, unit mempunyai 13 orang tenaga kerja tetap yang terdiri daripada :

 

-          Penolong Setiausaha Kewangan (W41) – Tetap

-          2 orang Pegawai Eksekutif Kewangan (W27) – Tetap

-          1 orang Ketua Pembantu Tadbir Kewangan (W22) – Tetap

-          4 orang Pembantu Akauntan (W17) – Tetap

-          4 orang Pembantu Tadbir Kewangan (W17) – Tetap

-          1 orang Pembantu Tadbir (N17) - Tetap

 

Peranan/Fungsi Unit

Unit Kewangan bertanggungjawab sepenuhnya dal;am pengurusan kewangan dan perakaunan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu. Antara peranan dan fungsi utama unit ini adalah :

 

1.       Menyediakan Belanjawan (bajet) tahunan MAIDAM.

2.       Menyediakan penyata kewangan tahunan MAIDAM.

3.       Mengawal peruntukan belanjawan MAIDAM.

4.       Menerima dan mengakauankan semua hasil/terimaan MAIDAM.

5.       Memproses dan mengakaun semua jenis pembayaran MAIDAM.

6.       Memproses emolumen yang tertakluk di bawah kawalan MAIDAM.

7.       Menguruskan pelupusan dokumen kewangan.

8.       Menyediakan laporan pendapatan dan perbelanjaan MAIDAM.

9.       Mengemaskini rekod penghutang dan pelarasan kepada akaun.

 

Visi

Menjadi pengamal pengurusan kewangan yang bertaraf antarabangsa.

 

Misi

Memastikan khidmat pengurusan kewangan yang cekap, tepat dan berkesan.

 

Objektif Unit 

 

1.       Mengawal dan memastikan pengurusan perakauan dan kewangan MAIDAM dilaksanakan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

 

2.       Memastikan semua pelanggan MAIDAM mendapat perkhidmatan yang terbaik dari segi urusan kewangan selaras dengan piagam pelanggan yang telah diwujudkan.

 

3.       Memastikan pelaporan kewangan disediakan dengan jelas dan tetap dalam memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan semasa kewangan MAIDAM berdasarkan pronsip-prinsip perakaunan yang diterima umum di samping mematuhi kehendak audit.

 

 

 

Piagam Pelanggan

 

1.       Memberi layanan yang cekap, cepat, berkualiti dan mesra pelanggan

2.       Menyelesaikan pembayaran dalam masa 7 hari bekerja selepas kelulusan pembayaran beserta dokumen yang lengkap diperolehi.

3.       Mengeluarkan resit pembayaran dalam tempoh 5 minit.

4.       Memastikan belanjawan (bajet) tahunan MAIDAM diluluskan sebelum 31 Oktober setiap tahun.

5.       Menyiapkan Penyata Kewangan MAIDAM dalam tempoh 3 bulan berakhir setiap tahun kewangan.

  

Perkhidmatan yang disediakan

 

1.       Maklumat pembayaran pelbagai tuntutan termasuk bil, emolumen, elaun, pinjaman diberi fan bantuan zakat.

 

2.       Maklumat pembayaran sewa, pinjaman diterima, deposit dan fidyah.

 

3.       Maklumat berkaitan prosedur, tatacara, peraturan yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakaunan.

 

Pencapaian

 

1.       MAIDAM telah memperolehi Laboran Sijil Ketua Audit Negara Bersih (tanpa teguran) bagi Pengauditan Penyata Kewangan Tahun 2001, 2002, 2003, 2004, 2006, dan 2007.

 

2.       MAIDAM telah mengemukakan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2008 kepada Jabatan Audit Negara pada 26 Februari 2009.

 

3.       MAIDAM telah memperolehi penarafan 3 bintang ke atas Pengauditan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan yang dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan menduduki tempat yang kedua daripada 10 jabatan / agensi kerajaan yang disenaraikan bagi tahun 2007.

 

Perancangan

 

1.       Mengkomputrisasikan semua aktiviti kewangan dalam satu sistem yang bersepadu merangkumi penyediaan dan pengawalan bajet, penyediaan laporan dan penyata kewangan, pembayaran, penerimaan hasil dan sebagainya.

 

2.       memperbaiki dan meningkatkan sistem penyampaian kepada semua pihak yang berkepentingan dengan seksyen ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 

3.       Membantu meningkatkan lagi tahap kepatuhan dan kefahaman terhadap peraturan dan prosedur pengurusan kewangan kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan MAIDAM supaya mereka dapat mengetahui dengan jelas peranan maing-masing dalam setiap urusan yang berkaitan dengan kewangan.

 

Senarai Kumpulan Wang / Akaun – akaun MAIDAM

 

1.       Kumpulan Wang Pentadbiran (terdiri daripada Akaun Pentadbiran Am, Akaun Sumber Am dan Akaun Pinjaman Kenderaan).

 

2.       Kumpulan Wang Amanah (terdiri daripada Akaun Amanah Penyelaras Pentadbiran Masjid, Akaun Dana Masjid dan Akaun Modul Bersepadu kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI)).

 

3.       Kumpulan Wang Zakat

 

4.       Kumpulan Wang Wakaf (terdiri daripada Akaun Wakaf, Akaun Skim Wakaf Tunai, Akaun Chenderong Concession, Akaun Wasiat Fakir Miskin