LAMAN UTAMA > Jawatankuasa

Jawatankuasa Perancangan dan Pelaburan

 

Di antara tugas jawatankuasa ini ialah mencari jalan bagi memajukan harta-harta majlis dengan cara: 

 

·          Mengkaji dan merancang bagi memajukan tanah-tanah MAIDAM termasuk tanah wakaf dan Baitulmal dengan pembangunan, pertanian atau perusahaan sama ada secara bersendirian atau dengan cara usahasama.

·          Membeli tanah dan bangunan yang difikirkan sesuai bagi menambahkan aset MAIDAM.

 

Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan

 

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

 

·          Menyemak dan membincangkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan sebelum diangkat untuk persetujuan MAIDAM.

·          Menimbang permohonan pembiayaan kenderaan kakitangan MAIDAM yang melebihi RM 10,000.00.

·          Menimbang permohonan bantuan melebihi RM 20,000.00.

·          Merancang pelaburan dan menambah aset MAIDAM.

  

Jawatankuasa Zakat, Wakaf dan Baitulmal

 

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

 

Zakat

·          Merancang dan beriktiar memperkemaskan dan mempertingkatkan pengurusan zakat sama ada dari segi pungutan mahu pun agihan.

·          Menimbangkan bantuan-bantuan melebihi RM 20,000.00 daripada sinf yang berkaitan.

·          Menetapkan kadar zakat/fitrah tahunan

 

Wakaf

·          Mengkaji dari semasa ke semasa supaya pengurusan wakaf lebih kemas dan berfungsi, termasuk merancang dan memajukannya bagi manfaat masyarakat islam.

·          Beriktiar menggalakkan masyarakat islam mengamalkan perwakafan.

 

 

Baitulmal

·          Mengkaji dari semasa ke semasa supaya pengurusan Baitulmal lebih kemas dan berfungsi, termasuk merancang dan memajukannya bagi manfaat masyarakat Islam.

·          Menimbangkan bantuan melebihi RM 20,000.00 daripada peruntukan baitulmal.

  

Jawatankuasa Penjawatan dan Tatatertib

 

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

·          Mengkaji dan merancang mengenai perjawatan kakitangan

·          Mengkaji dan menimbang kenaikan pangkat kakitanga.

·          Membincang dan memutuskan hukuman tatatertib kakitangan.

·          Membincang dan memutuskan pemilikan/pengistiharan harta kakitangan.

·          Menjadi penal temuduga, perlantikan dan pengesahan dalam jawatan kakitangan.

·          Menimbang perubahan dan pelarasan tangga gaji kakitangan.

 

Jawatankuasa Muassasah Gadaian Islam Terengganu

 

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

·          Merancang dan mengawasi perjalanan pengurusan Muassasah Gadaian Islam Terengganu dari segi pentadbiran dan perjawatan.

·          Memantau perjalanan operasi dari semasa ke semasa.

·          Meluluskan perbelanjaan daripada sumbangan orang ramai untuk kepentingan pentadbiran Muassasah Gadaian Islam.

 

awatankuasa Pengurusan Chenderong Concessión

 

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

·          Mengkaji dan memantau apa-apa yang berkaitan dengan Tanah Wakaf chenderong concesión.

·          Mengkaji kedudukan pemajakan dan pemulangan hasil tribute.

·          Merancang pembangunan bagi manfaat pewakaf dan penerima hasil wakaf.

 

Jawatankuasa Kegiatan Hal Ehwal Islam

 

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

·          Merancang dan mencadangkan apa-apa perancangan yang sesuai untuk dilaksanakan bagi memajukan pentadbiran hal ehwal agama Islam dari aspek dakwah, pendidikan, penyelidikan, pembangunan rohaniah dan akhlak serta pembinaan insan.

 

Jawatankuasa Lembaga Perolehan

 

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

·          Membincang dan menimbangkan pengesyoran keputusan sebutharga dan tender yang dikeluarkan oleh MAIDAM bagi mendapat persetujuan dan pengesahan Mesyuarat Maidam.

 

Jawatankuasa Pelantikan Peguan Sya'i

 

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

·          Berperanan sebagai Panel Temuduga Peguam Sya’i.

·          Membincang, menimbang dan membuat keputusan memberi sijil lepada peguam Sya’i yang layak.

·          Melapor keputusan Panel untuk mendapat pengesahan Mesyuarat MAIDAM.

 

Jawatankuasa Temuduga Mubaligh

 

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

·          Berperanan sebagai Panel Temuduga Mubaligh-Mubaligh.

·          Melapor keputusan Panel untuk mendapat pengesahan Mesyuarat MAIDAM.

 

Jawatankuasa Pemandu (IT) Teknologi Maklumat

 

Di antara tugas-tugas utama jawatankuasa ini ialah :

·          Meluluskan dasar dan garis panduan berkaitan penggunaan IT bagi MAIDAM dari semasa ke semasa dan memastikan ianya selaras dengan polisi dan garis panduan kajian elektronik.

·          Melulus dan memastikan aplikasi teknikal dan pengurusan diselaraskan untuk kegunaan bersama.

·          Meluluskan keperluan latihan.